SELAMAT DATANG

pluginspage='http://www.macromedia.com/shockwave/download/index.cgi?P1_Prod_Version=ShockwaveFlash' type='application/x-shockwave-flash' width='171' height='210' />tomcat hosting torrent vpn

Wednesday, 4 October 2017

GURU ABAD KE-21



APLIKASI WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN
  • Teknologi Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada penggunaan internet dan web yang mempunyai ciri perkongsian maklumat, mudah kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna dan kerjasama di World Wide Web
  • Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain atau dalam erti kata lain media sosial (Md. Mokter & Hasan, 2011). 
  • Ciri Web 2.0 yang mesra pengguna membolehkan interaksi sosial di dunia maya berlaku dan ianya telah menjadi keperluan kerana sifatnya yang boleh berkongsi maklumat, bekerjasama dan diekploitasi (Md. Mokter & Hasan, 2011).
  • Sifat unik Web 2.0 juga menjadi pusat pengumpulan maklumat yang disumbangkan oleh pengguna.
  • Terdapat empat sifat aplikasi Web 2.0 iaitu sebagai alat perkongsian dan penciptaan, rangkaian sosial, penyimpanan awan dan, papan interaktif. 
Alat Perkongsian dan Penciptaan

  • Aplikasi Web 2.0 membenarkan penggunanya untuk berkongsi bahanbahan rujukan, mengubah dan menghasilkan produk baru yang lebih baik dan secara tidak langsung menerapkan sifat inovasi dalam diri pengguna (Virkus & A.Bamigbola, 2011).
  • Contoh aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk berkongsi bahan-bahan rujukan, mengubah dan menghasilkan produk baru ialah Slideshare, Youtube, WordPress, Blogger dan Blendspace (Virkus & A.Bamigbola, 2011).
  • Di samping itu, pengguna juga boleh berkolaborasi antara satu sama lain dan berkongsi hasil kerja masing-masing (Virkus & A.Bamigbola, 2011). 
  • Pinterest, Scoop it dan juga Tumblr adalah antara contoh aplikasi Web 2.0 yang digunakan untuk berkongsi maklumat. 
Rangkaian Sosial 

  • Aplikasi rangkaian sosial yang terdapat dalam teknologi Web 2.0 seperti Facebook, Edmodo, Twitter, Google Plus, Schoology dan Linkedin adalah rangkaian sosial yang sering digunakan dalam dunia pendidikan (Virkus & A.Bamigbola, 2011). 
  • Secara asasnya rangkaian sosial mengandungi komponen-komponen seperti forum, galeri gambar atau video, profil pengguna, bahagian memuat turun dan naik, dan komponen yang bersesuaian. 
Peranan Pendidik 

  • Pendidik perlu sentiasa peka dengan arus teknologi dalam pendidikan abad ini kerana teknologi sentiasa berubah tanpa disedari. 
  • Sikap negatif segelintir pendidik yang telah biasa menggunakan kaedah lama untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah cabaran bagi menggunakan aplikasi Web 2.0 dalam pendidikan (Rabaya & Norazah, 2014).
  • Abdul Wahab et al. (2006) menyatakan bahawa terdapat hubung kait antara sikap dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana sikap yang positif dalam diri guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Di samping sikap pendidik, kemahiran dan pengetahuan pendidik mengenai teknologi juga perlu supaya pendidik dapat berkongsi idea dan menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan lebih baik (Melvina & Jamaludin, 2010). 
  • Kemahiran dan juga pengetahuan ini diperlukan agar pendidik dapat menyesuaikan atau menggunakan aplikasi Web 2.0 dalam proses dan pembelajaran dengan baik. 
  • Pengetahuan komputer yang tinggi di kalangan guru adalah kekuatan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di samping pengalaman mengajar oleh guru tersebut. 
Peranan Pelajar 

  • Cabaran utama dalam memastikan pelajar menggunakan aplikasi Web 2.0 secara berkesan dalam pembelajaran pelajar adalah sikap dan juga kemahiran pelajar (Sharifah & Kamarul Azman, 2011). 
  • Ini adalah kerana, segelintir pelajar hanya menggunakan aplikasi web 2.0 apabila tenaga pengajar mewajibkan mereka untuk menggunakannya. 
  • Pelajar ini tidak mempunyai sikap motivasi yang tinggi untuk mempelajari sesuatu suasana pembelajaran yang baru yang berasaskan teknologi (Mingmei Yu et al., 2012). 
  • Malah terdapat juga segelintir pelajar hanya mengetahui aplikasi web 2.0 daripada pelajar lain apabila melihat pelajar tersebut menggunakannya. 
  • Pelajar perlulah positif bagi meningkatkan pencapaian mereka melalui penggunaan teknologi untuk pembelajaran kendiri. 
  • Pelajar haruslah bijak untuk menentukan fungsi dan tujuan sebenar pelajar menggunakan teknologi dalam pembelajaran supaya tidak terlibat dengan penyalah gunaan teknologi Web 2.0. 
Peranan Ibu bapa

  • Kegagalan ibu bapa dalam mengejar arus perkembangan teknologi di era globalisasi adalah cabaran dalam menggunakan aplikasi Web 2.0.
  • Sosio-ekonomi ibu bapa juga antara cabaran dalam penggunaan aplikasi Web 2.0.
  •  Hal ini kerana, ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah kurang bernasib baik dalam kemahiran dan pengetahuan mengenai teknologi (Tien & Fu, 2008) dan kurang keyakinan untuk menggunakan teknologi (Vekiri, 2010). 
  • Ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah kurang berpeluang untuk menggunakan teknologi dan manfaatnya di rumah dan tidak dapat memantau penggunaan aplikasi Web 2.0 anak-anak mereka dengan baik.



No comments:

Post a Comment